Dashboard

Wednesday, 27 September 2017

Latitude

Sometimes we stand at the place we shouldn't,
and we move from the place that we should.
we adore the place we never been,
but yet we dislike the place we live in everyday.

we do the things we hate,
but then it was the things that keep us alive.
there's a says
life is full of surprises.
unfortunately
some of us do not like surprise

and yeah,
life game so strong.
we should be tougher.

Pardon!
I should.









Thursday, 9 April 2015

Konfigurasi

"some people come into our live just to teach us how to live alone"

apekah?

sejak xupdate blog lama gila nie, start entri pon dah merepek2.

ok, tipu. merepek2 tu sejak dulu lagi aku rasa.

holla! mlm nie aku dengan jayanya stay up seperti planning aku mlm td. right now dah 2.45 a.m, dan aku baru lepas buat ape yg patot. Alhamdulillah, keja sedikit bergerak. Aku rasa habis tulis ni boleh la 3.00 pagi. boleh la. boleh la.

cumanya, aku post ayat kat atas tu sbb aku rasa bersetuju dgn ayat tu. klau org lain tak setuju pown, do i care? O_o

bukan apa, beberapa minggu lepas, aku ada ckp dengan osmate aku. aku yg buang tabiat tiba2 tnya knpa org putus cinta ni susah move on? Soalan yang aku rasa bodoh2 alang jugak. Plus, aku belagak mcm psychologist ka cemana? haha


Ya lah. Bukan apa. For me, aku belajar dari kesilapan kot. Aku rasa ramai yg buat kesilapan dlm proses nak move on nie. Contohnya, klau dah niat dlm hati tu nk move on, lpas tu kau still nk contact dgn si polan lagi, memang taklah nak terjadi move one tu.

Bak kata org, kerana sms sekeping, rosak move on sebelanga.

sekeping ke? lkotlah mne yg sesuai. Klau nk tukar sebuah pown suka hati la org yg baca. eh? follower sejuta?! :D

tu satu kes.
Kes kedua, bila kita cakap nk move on, lpas tu xnk contact. Ya, semua berjaya. Tapi dalam masa yang sama, xhabis2 stalk ex-bf/gf kita. lpas tu ditambah pulak dgn member2 durjana yg forever alone share quotes patah hati. Padahal yang share tu pown xde pengalaman, sesetengahnya golongan2 forever alone yg terpengaruh dgn drama suami sebelah rumah etc. hahaha. Ok, nie honestly aku rasa sgt la merosakkn dan xmembantu pown utk move on.

Yalah, dah org patah hati pegi tngok quotes2 over kat FB tu, xke die tereffect jugak? hati xleh nk trima lagi kot. Macam api kena simbah ngan petrol la.. Lagi besar, lagi pedih.

Aku tulis nie bukan bermaksud aku xpenah buat, just aku share. Sbb aku pown manusia kot, Tak selamanya kentut wangi. Macam wangi pulak la. hmmm.. -_-

Dan lepas dua contoh, aku rasa macam malas lak nak fikir contoh2 selebihnya yang aku rasa lebih kurang ja kalau aku tulis pown. So, aku pilih untuk tutup kisah ini semua.

Semua ni dusta semata-mata!eh?

Nasihat aku kepada girls or guys yg putus cinta, we should think first for what reason we shouldn't find him or her back.

hissshhh. susah la ckp omputih sekerat2 nie. maksud aku,

lupakanlah.

Belajar untuk sedikit ego untuk diri sendiri. and i tell u what, if we learn to live alone, surely, we'll be more independent. and percayalah, proses recovery kita tu akan buat kita jadi lebih kuat dan belajar dari kesilapan. Dan mungkin buat kita lebih bersedia untuk cinta seterusnya. Yang lebih terjamin, tepat, dan sampai akhirat. InshaAllah.

mungkin akan ada pelangi selepas hujan. Memang la kdang2 ja ada pelangi tu. tp klau dah sekali hujan xdak pelangi, tunggu la hujan berkali-kali. Lepas tu ada la pelangi. ahahahahaha

Sekian

P/S: Diari aku, semua aku simpan kemas dalam kepala. Kenangan pedih masa lalu, aku lupuskan bersama konklusi2 tepat yang aku kira cukup untuk menjawab persoalan hati. Aku kira itu sudah cukup. Pengalaman ajar aku jadi pemerhati. Pemerhati yang penuh dengan jawapan kepada pemerhatian.












Monday, 11 August 2014

Pilihan l Choice l Decision l

Assalamualaikum

hai hai everybody :-) (cehhhh...bajet macam followers nak dekat sejuta! )

hehe.. btw, lama gila xupdate entry baru. Sampai dah berhabuk gila dah nie. ohmaigodd!!
ok yasmin, jangan over. =.='

Hari nie nak cakap sikit la pasal pilihan.
haaa..tajuk macam nak kawin ja..??
ok, tak. =.="
Nie pasal further study + keja..

Bukan apa. since hari ni LA cuti, aku ada la sikit masa free. so, aku curi2 la update blog smbil2 buat report mini project aku ni. (Ok, sila jangan tiru aksi ni di rumah)
Entri ni sebenarnya bermula dengan offer sambung belajar di UiTM Shah Alam 13 sept ni. But, yet i dont know whether aku nak pi or tak pi.

Camni la. Nak dipendekkan cerita, aku ni memang teringin nak further study lagi, n dapat offer ni memang la macam bulan jatuh ke riba bagi aku. But, apa yg menjadi masalah sekarang adalah soal financial. Bukan apa, aku ni bukan la orang kaya, adik-adik, abang-abang aku semua belajar lagi.
 makcik-makcik apatah lagi? study je 24 jam kejanya. ok, yang tu aku tipu.

So, aku ada la usha2 laman web pinjaman pendidikan nie. Sebab kalau berjaya apply loan, nak la jugak aku belajar lagi. So, setelah lama usha2 banyak gila xterkira la laman web berbagai2 loan nie. Aku pon macam xnak la sambung belajar. Tetiba....

Acececeyy..ingat cerita hantu ka??!! O_o


Tetiba mak aku tersebut perkataan ptptn lak petang kemarin. Baru aku ingat yang Along buat PJJ dengan mnggunakan duit keja dia dan jugak loan ptptn. Maka berselerakkan la aku meng'SMS' Along pada malam semalam sbb nak tanya kot celah mana yang dia apply ptptn tu. heeeee~~

Aku pon bukan main la taip SMS aku tu panjang2. Siap dengan kronologi cerita lagi, disebabkan berita aku dapat offer ni dia tak tau lagi. haha! 10 minit kemudian, henfon vibrate..

Text Msg from Along. pendek dan ringkas. =.='

"..Buka website ptptn..lpas amik no fon dlm website tu, hg call tnya dpa.."

Aku pown membalas pendek dan ringkas jugak..

"..ok.."

haa..hambek koo!! haha.

10 minit lepas tu, telefon sekali lagi vibrate..zeettt..zeettt...

Ok, Along call. Selain drpd nak tanya memacam, dia jugak sekali lagi mengingatkan aku supaya call ptptn. aku pown xpa la.. Yes Boss! menurut arahan.

Jadi, selepas berfikir semalaman (sebenarnya tido ja lebih), aku pown membuat keputusan untuk call hotline ptptn and tanya,

And yes, resultnya, dapatla aku cara-cara nak apply loan ptptn. Tapi kan, lepas usha2.. Ptptn provide 10,000 setahun which means 5, 000 la setahun. kalau 6 semester ada la dalam 30, 000.

lepas tu aku terfikir. loan degree aku semua 21, 000. Kalau la campur dengan loan master, ada la dalam
51, 000. Magaadd!! Belambak2 loan aku kena bayaq. Astagfirullah!!sampai centu la terkejut.

Padahal aku dah sedar dah loan banyak tu dari sebelum tu lagi. haha! saja over!!

So, aku pown xtau la lagi nak sambung belajar ke nak kerja dulu simpan duit untuk sambung belajar lepas tu. yang penting, aku memang nak sambung belajar. kalau boleh nak la PHD ada kan.. InsyaAllah. One fine day :)


Tu dia offer letter yang aku sempat screenshot. hehe. Tapi, tak buat keputusan lagi nak terima atau tak. Aku rasa kena istikharah 7 hari 7 malam dulu, baru aku buat keputusan kot. :D heeeee~~

Sekian, till we meet again.. :)

Monday, 24 March 2014

Broken Pieces of yesterday :')

Duduk di tengah rumah sorang2, dengar bunyi kipas bpusing, pukul 12 pulak tu,
rasa macam errr...? =.="
maklumla leha dengan ain baru sampai rumah malam nie, so mungkin kedua2nya sudah lena dibuai mimpi dalam bilik. Aku pun xpasti.
dengan line internet aku yang automatic jadi siput bila aku tekan ja perkataan 'facebook'
rasa damn gila.. hahahahaa. aku pown xpaham apa kaitan facebook dengan broadband aku nieh..
berhantu sungguh la facebook nie. 
So, aku menulis entry ini tanpa ditemani facebook. Hanya ditemani music instrumental jiwang la jugak yang aku dowload entah taon bila ntah..
Lagu It wil rain-bruno mars yang dinyanyikn semula oleh boyce avenue berkumandang..
boleh tahan jugak la mood dia..
(ciss..apa keba***** la start entry macam nie..!) =.="


Pejam celik, pejam celik tinggal lagi kurang 3 bulan ja aku akan berada di bumi terengganu nie. Sedih jugak la sikit bila fikir2 balik.. Ya la, sebab kot mana aku xkemana pun kat sini (ayat apa nie?), aku tetap dah stay sini dekat 3 tahun. Kalau tak dak rasa sedih jugak aku xtau la kan.

Hari nie aku nak cakap pasal pengajaran.
Sepajang aku ada kat sini setiap apa yang berlaku sangat banyak pengajaran bagi aku. Ya, aku dah mula pandai fikir rasional tanpa ikutkan hati aku. For me now, buat apa kita fikirkan perasaan, kalau perasaan tu sebenarnya yang membunuh diri kita sedikit demi sedikit tanpa kita sedar.

Aku dah pernah rasa semua. Macam mana aku hilang diri aku disebabkan benda xreal yang aku kejar. Sangat tak realistik. Tapi aku xmampu nak menyesal, benda dah lepas kenapa mesti kita kesal kan? dan aku percaya semua tu ada hikmah. Allah nak aku lebih dewasa.

Teruskan begitu. Aku memang nak begitu.. anggap aku cuma mimpi, aku cuma something yang datang memberi pengajaran. Kalau itu yang terbaik diam tu lebih baik.. Jadi aku begini, macam mana aku pada luarannya, mungkin jugak dalaman aku juga begitu, siapa tahu.

And utk aku, i prefer the first word, cause when u mad, what u said maybe the words u actually mean it right? so, xpe la. U choose and I give u the way, the easiest way to reach there.
Buat apa guna perkataan, kalau sekadar perbuatan sudah cukup menggambarkan semua rasa.

That's it.

And tahniah buat my sweetheart, adik kesayangan, teman tido paling best, kawan cerita paling sporting, nisak..for your SPM results, Thanks for making me, mak, ayah, along, angah, and thariq proud of U. Thanks a lot for that gift. Do knows that i'll always pray for your success, for ur happiness, and i'll always stand by your side, even when the times i fall down, i still want to be the one that can protect u from falling down.

P/s: Aku ada interview hari khamis nie, and aku akan balik kedah utk 3 hari 2 malam for that interview. Semoga semuanya lancar. So, wish me luck.. ;)



Monday, 2 December 2013

Siapa 'dia' yang sebenar..

Hari ni entah kenapa aku rasa macam stress ja...
n tiba2 terasa nak update blog..
bukan ape..aku pown xtwu nak rasa ape hari nie...

stress pown sorang2 kn...biasa la..kadang2 sorang2 tu memang menyakitkan...tp, lebih baik kalau sakit tu xdikongsi dgn org lain..even dia sekalipun..

sambil taip entry nie, sambil dengar lagu selamat ulang tahun sayang-imran ajmain...
tiba2 rasa macam sentimental gila...

dah nak genap dua tahun kan..
rasa macam baru semalam..
n sampai sekarang...
soalan yang sama aku teringin nak tau jawapan dia...

"kita sebenarnya apa? "
aku harap...before aku grade...aku dapat jawapan tu.. 
kadang2 aku rasa aku nie macam jadi orang tengah...
bila xok, dia cari aku...
aku akan buat dia ok, then dia pg kt org lain...
aku best friend,aku la pendengar masalah dia, and aku boleh jadi macam2..
cuma xbuka kuota utk jd musuh g ja.. : P

bila dia ok..aku pown happy, xkisah dia buat apa pown..and i just dont get what is that actually..?
macam aku kata...
aku best friend dia..and aku akan trus bg nasihat..tengok dari jauh..selagi dia ada depan aku..
and aku akan terus jadi 'dia' yang selalu ada bila dia nak aku ada..

cuma...kali nie..
mungkin dia tak perlukan aku utk sembuhkn luka tu..
aku cuma mampu angguk dan faham..
aku xnak cakap ape2 yang aku tak tahu..
dan aku xpasti sama ada dia masih nak aku jadi aku yg sebelum nie..
jadi biarlah..
aku cuma nk dia tau klau dia datang nk aku jd aku yg sblom nie..nk aku dngar ape yg dia rasa...
dtglah...dialu2kn...

dan ayat aku masih lagi sama..
'dia' akan trus jadi best friend awk..'dia' akn trus dngar ape yg awk nk ckp..
selagi awk nk 'dia' dengar..
cuma...'dia' xnak ckp yg 'dia' suka awk..
sbb awk xckup sygkan 'dia'... : )

semoga cepat sembuh...

xbest kan kdang2 bila dduk sorang2 xde org nk ambik tau pasal kita..
xpe la..aku dh biasa..


Wednesday, 27 November 2013

tak perlu kot :/

sebenarnya la kan..aku nie bukanlah jenis manusia yang suka ambik port pasal org2 sekeliling aku..
sebab tu la aku kadang2 rasa sapa yang boleh buat aku ambik port pasal diorang memanglah individu yang agak dahsyat...

sebab normally, aku nie jenis yang 'blur2 suam' ja...maksudnya, benda yang aku tau pown kadang2 orang nampak macam aku xtau..
oke, sory to say la sbb entry kali nie entry yang maybe agak xbest..(eh jap, ade ke entry aku yang best? hahaha... )
sbb aku tengah geram..n maybe nak lepaskan geram.. :-P

bukan ape..aku rasa xperlu pown kot nak bebai2 bagai...
setakat nak letak 'page no' kat dalam word tu..aku rasa xmakan masa dua hari pown...
xsampai dua minit pun..habes? yang nak bebai tu dah knpe??
suka jadi mcm boss ke tringin nk jadi boss tapi xjadi??
cehh...setakat benda tu, mai la aku buat...xkisah pown..aku punya microsoft word canggih...nak letak page number kena dua hari..knn...
xpayah la nak mrah2 sgt kan...buat macam stress sgt..klau nk stress xpyah buat keja lain langsung..
ko study la twenty-four seven..
kot nk dekan sem nie kn...

sorry la klau aku nie mnyemak kerja org tu...mmg nk tulis importance tu susah gila kan dari nk tulis association...
aku memang penyabar pown kan..
aku ingat kawan ja yang aku diam jugak...
aku diam sbb aku ingat aku kenal ang, aku kenal kawan aku yang nie..and aku diam sbb aku harap one day, u'll be the person i used to know again..
bukan the person yang ada right in front of me now..

sorry to say...but..aku xkenal ko..
ko bukan dia yang aku kenal... n yes, I've lost her..


Tuesday, 5 November 2013

macam dulu...one fine day.. :)

semua orang dalam rumah ni dah tido i guess...
tinggal aku ja yang still xtido2...
hmm...

entry kali nie melibatkan apa yang aku rasa...
dah lama sebenarnya aku xrasa camnie..maybe just nk lepaskan sekejap..
berdasarkan apa yang aku pernah lalui dulu..and apa yang aku rasa tentang dulu...tentang 'kita'..
yes, sekarang aku tengah teringatkan dia. bukan sekrang ja..aku rasa dari siang tadi lagi..cuma malam nie bru terasa nak update pasal nie...

hm..to be honest, aku rindukan dia. rindu waktu dulu.
kalau la boleh aku ulang semua..ada certain part yang aku still nk rasa..

so, aku pown decide nak tulis ape yang aku ingat and harap akan berlaku sekali lagi..
even aku tau..xde kot peluang  macam tu..kalau ada pown, maybe tipis..

so, kalau aku dapat peluang tu,
aku nak kenal dia balik. Start dari awal. Start dari dia first msj aku dulu.
and aku nak jalan2 dengan dia lagi..dari hostel semata-mata nak keluarkan duit ja time tu..
aku nak pg kompleks sukan tengok dia main badminton lagi...macam dulu..
aku nak dia jaga aku lg time aku demam mcm dulu..
aku nak dia ada setiap hari...24 hours dengan aku...macam dulu...
and aku nak study kat library dengan dia lagi...macam dulu...
and aku nak makan kat kafe lama dengan dia lagi...
makan benda yang sama setiap hari...
aku nak sembang kat kafe dgn dia macam dulu...aku nk sembang pasal masa depan dengan dia macam dulu...
aku nak dia tnya aku nak x jadi isteri dia nnti macam dulu...
aku nak dengar dia janji n plan nk kawin lepas grade nnti..macam dulu...biaq la aku tau semua tu just planning yang xmenjadi ja..tp aku bhagia..
jalan pergi kelas and lab sma2 macam dulu..
aku nak pergi MBU dengan dia...lalu jalan dekat dgn inos tu sekali lagi dengan dia..
aku nak makan kat kedai luar hostel tu dengan dia setiap hari..
macam dulu...
and yang paling aku nak...
aku nak keluar dengan dia, macam first time aku keluar date dengan dia dulu...
keluar pagi balik petang...
time tu aku happy...
and aku nk dia tunaikan janji...
nak bawak aku pg tengok laut dengan dia...
and semua janji yang pernah dia cakap dulu...
aku nak semua jadi cmtu..biaq la even sekali ja smua bnda nie boleh diulang...
aku nak even cuma sekali...
sebab aku rindu...
rindu semua tu...

*malam nie...sekali lagi aku menangis...menangis rindukan dia...mungkin menangis rindukan kenangan itu..if i had a chance..i'll go to the pass and make sure i'll stay in..and harap aku hanya akan hidup pada waktu itu...jadi aku xkan pernah twu sakitnya keadaan sekarang..
  selamat malam :)