Dashboard

Thursday, 9 April 2015

Konfigurasi

"some people come into our live just to teach us how to live alone"

apekah?

sejak xupdate blog lama gila nie, start entri pon dah merepek2.

ok, tipu. merepek2 tu sejak dulu lagi aku rasa.

holla! mlm nie aku dengan jayanya stay up seperti planning aku mlm td. right now dah 2.45 a.m, dan aku baru lepas buat ape yg patot. Alhamdulillah, keja sedikit bergerak. Aku rasa habis tulis ni boleh la 3.00 pagi. boleh la. boleh la.

cumanya, aku post ayat kat atas tu sbb aku rasa bersetuju dgn ayat tu. klau org lain tak setuju pown, do i care? O_o

bukan apa, beberapa minggu lepas, aku ada ckp dengan osmate aku. aku yg buang tabiat tiba2 tnya knpa org putus cinta ni susah move on? Soalan yang aku rasa bodoh2 alang jugak. Plus, aku belagak mcm psychologist ka cemana? haha


Ya lah. Bukan apa. For me, aku belajar dari kesilapan kot. Aku rasa ramai yg buat kesilapan dlm proses nak move on nie. Contohnya, klau dah niat dlm hati tu nk move on, lpas tu kau still nk contact dgn si polan lagi, memang taklah nak terjadi move one tu.

Bak kata org, kerana sms sekeping, rosak move on sebelanga.

sekeping ke? lkotlah mne yg sesuai. Klau nk tukar sebuah pown suka hati la org yg baca. eh? follower sejuta?! :D

tu satu kes.
Kes kedua, bila kita cakap nk move on, lpas tu xnk contact. Ya, semua berjaya. Tapi dalam masa yang sama, xhabis2 stalk ex-bf/gf kita. lpas tu ditambah pulak dgn member2 durjana yg forever alone share quotes patah hati. Padahal yang share tu pown xde pengalaman, sesetengahnya golongan2 forever alone yg terpengaruh dgn drama suami sebelah rumah etc. hahaha. Ok, nie honestly aku rasa sgt la merosakkn dan xmembantu pown utk move on.

Yalah, dah org patah hati pegi tngok quotes2 over kat FB tu, xke die tereffect jugak? hati xleh nk trima lagi kot. Macam api kena simbah ngan petrol la.. Lagi besar, lagi pedih.

Aku tulis nie bukan bermaksud aku xpenah buat, just aku share. Sbb aku pown manusia kot, Tak selamanya kentut wangi. Macam wangi pulak la. hmmm.. -_-

Dan lepas dua contoh, aku rasa macam malas lak nak fikir contoh2 selebihnya yang aku rasa lebih kurang ja kalau aku tulis pown. So, aku pilih untuk tutup kisah ini semua.

Semua ni dusta semata-mata!eh?

Nasihat aku kepada girls or guys yg putus cinta, we should think first for what reason we shouldn't find him or her back.

hissshhh. susah la ckp omputih sekerat2 nie. maksud aku,

lupakanlah.

Belajar untuk sedikit ego untuk diri sendiri. and i tell u what, if we learn to live alone, surely, we'll be more independent. and percayalah, proses recovery kita tu akan buat kita jadi lebih kuat dan belajar dari kesilapan. Dan mungkin buat kita lebih bersedia untuk cinta seterusnya. Yang lebih terjamin, tepat, dan sampai akhirat. InshaAllah.

mungkin akan ada pelangi selepas hujan. Memang la kdang2 ja ada pelangi tu. tp klau dah sekali hujan xdak pelangi, tunggu la hujan berkali-kali. Lepas tu ada la pelangi. ahahahahaha

Sekian

P/S: Diari aku, semua aku simpan kemas dalam kepala. Kenangan pedih masa lalu, aku lupuskan bersama konklusi2 tepat yang aku kira cukup untuk menjawab persoalan hati. Aku kira itu sudah cukup. Pengalaman ajar aku jadi pemerhati. Pemerhati yang penuh dengan jawapan kepada pemerhatian.