Dashboard

Friday, 19 July 2013

See Me Waiting For You on The Corner of The Street. :)

Semenjak dua menjak ni, aku asyik dengar orang review pasal novel yang diorang baca. 
Kawan aku pown ada yang cakap nak review novel..macam si 'leha' tu..haha..nak bt review 'anthem' katanya.. :P
tapi, hari nie aku terfikir..aku nak jugak buat review..tapi nak review lagu lah..sebab aku nie sangat la suka menyanyi..haha..
tp terfikir jugak nak buat macam mana review utk lagu..keh3!'
boleh..tapi aku nak reka sendiri la..mcm adaptation gitu.. :P 
review yang aku nak buat hari nie pasal lagu "The Man Who Can't Be Moved- The Script"
xtwu la jadi ke tak..try ja..maaf kalu tak menarik dan membosankan..aku kasi video sekali la kat bawah tu..lagu nie best..ade la sedih jugak.. :)

macam nie kot..

Aku lihat ada yang menghulur wang kertas kepada lelaki  yang masih duduk di tepi tangga itu. Tak kurang yang memerhati sambil berbisik sesuatu. Aku juga begitu, hari ini sudah masuk hari ketiga aku ke sini. Semata-mata ingin mengetahui siapa lelaki itu sebenarnya. Dia tersenyum melihat aku. Melihat dia seperti boleh didekati, aku lantas mendekati lelaki itu. Dia hanya tersenyum melihat aku sambil terus memerhati pemandangan di hadapannya. Seakan-akan memikirkan sesuatu.

Aku memberanikan diri untuk bertaya apa yang dilakukan lelaki ini sejak beberapa hari lepas. Dia tersenyum sambil mengeluarkan sekeping gambar.

“menunggu seseorang..”

Sambil menghulurkan gambar seorang wanita yang sedang tersenyum ceria. Tak mahu terus bertanya, aku terus mendengar apa yang ingin diperkatakan lelaki ini.

“Teman wanita saya. Kami selalu menghabiskan masa di sini suatu ketika dulu. Ketika saya masih bersama dia dan dia masih bersama saya. Oh, terlupa. Kalau awak ada terserempak dengan gadis dalam gambar ini di mana-mana tempat, tolong sampaikan pesanan saya. Katakan padanya, saya masih di sini..”

Ada beberapa orang yang memerhati kami dari jauh. Aku membiarkan sahaja apa yang berlaku di sekitar aku, mungkin kerana rasa ingin tahu aku sekarang lebih penting dari apa yang sedang mereka katakan  kepada kami.

Dia menyambung lagi..

“Mungkin awak juga seperti mereka kan? Menyangka saya ini seorang orang gila yang mungkin jatuh sakit kerana kehilangan anak, muflis, atau mungkin menganggap saya ini cuma seorang peminta sedekah jalanan. Biarlah, mungkin mereka tak faham apa yang saya sedang lakukan.  Susah untuk saya terangkan kepada mereka semua. Tapi, beritahu saya bagaimana harus saya melangkah jika saya masih cintakan dia?”

“sebab itulah saya masih di sini. Terus menunggu dia, mengingati semula apa yang pernah berlaku di sini dulu, menyaksikan kenangan itu setiap hari. Mungkin satu hari nanti bila dia menyedari yang dia rindukan saya, ini tempat pertama yang dia akan datang kerana di sinilah kami mula berkenalan. Saya fikir mungkin satu hari nanti dia berubah fikiran dan datang ke sini.Saya mahu ketika itu dia lihat saya masih menunggu dia di sini. Dan saya mahu dia tahu saya tidak ke mana-mana. Masih setia seperti dulu. Saya yakin dia akan cari saya di sini. Jadi saya buat keputusan untuk menunggu dan terus menunggu. Mungkin esok, sebulan lagi, setahun lagi, saya tak pasti..tapi..sehingga dia kembali. ”

“Oh ya, gambar ini saya bawa bersama saya jika satu hari nanti berlaku sesuatu yang menyebabkan saya sudah tidak mampu mengingati dia, dia masih akan mengenali saya pada ketika itu. Tapi sayang..saya mungkin tak dapat menikamati saat-saat pada ketika itu. saya tak kisah dan saya tahu bahawa cerita seorang lelaki yang menunggu seorang perempuan tersebar kepada semua pengunjung yang pernah datang ke sini termasuk awak. Tapi apa yang boleh saya lakukan? Dia terlalu indah untuk dilupakan. Biarlah saya di sini. Mungkin satu hari nanti, dia akan kembali dan pada waktu itu, saya tidak perlu lagi menunggu dan menanti dia seperti ini. Mungkin pada waktu itu dia akan sedar, saya terlalu cintakan dia dan saya tidak pernah berhenti merinduinya. ”


Aku tersenyum sambil menghulur kembali gambar wanita itu dan meminta diri. Tanda Tanya sudah terjawab dan aku sudah tidak perlu lagi datang ke sini esok seperti tiga hari yang lepas. Yang pasti, aku kagum menyaksikan seorang kekasih yang begitu setia menanti walaupun dia tahu mungkin penantian itu akan berakhir dengan kekecewaan. Atau mungkin, satu hari nanti gadis itu akan berpaling dan menyedari bahawa ada seorang insan yang sedang menahan kesakitan dan derita merindui dirinya. 

Sekian.

nie lagu dia :
Happy reading! Sorry kalau ada yang bosan..hehe..just writing.. :D

No comments:

Post a Comment