Dashboard

Friday, 5 July 2013

My 'Big' Little Star :)

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, hari nie Allah gerakkan hati nie untuk menulis semula di sini..
mungkin berkongsi pengalaman..
well, this entry started when...... (suspens je nk start citer.. =.=" ) 

hari nie aku lihat sebutir bintang...yang dulunya mungkin tidak kelihatan...
mungkin dulu bintang ini selalu dipinggirkan...dek kerana lumrah alam yang sentiasa bergerak di atas hukumnya sendiri...
yang indah...yang cantik...sering kelihatan...
jadi bintang ini yang pada mulanya malap, menjadi mangsa..mungkin mangsa hukum alam ini..
bukan diminta..tetapi, mungkin kurniaan sekecil itu sebenarnya menjanjikan sinar yang lebih terang penghujung jalan..rahsia Allah, tak siapa tahu... :)

Dia tak minta aku menulis tentang dirinya atau pengalaman ini...malah dia sendiri tak tahu tangan ini terus menaip dengan begitu ghairah demi mencoret sebuah kenangan yang akan aku simpan sebagai pengalaman yang akan menjadi guru untuk aku selamanya..

mungkin bagi orang lain, dia hanya manusia biasa...tetapi bagi aku, dia kurniaan yang sangat bernilai..sama seperti adik-beradikku yang lain..
teringat kembali beberapa hari lepas...hampir tak tidur malam aku disebabkan memikirkan dia..
bagaimana dia? peluang ada di depan mata...tapi, pelbagai ujian Allah berikan sebelum dia memperoleh peluang itu...
tapi, benar...Rezeki itu ada di mana-mana.. Allah sentiasa ada bersama hamba2nya..

Yang pasti, pengalaman ini akan aku simpan...sampai bila2..
sebagai seorang anak yang msih di bawah tanggungan mak dan ayah, siapalah aku...apalah sangat yang boleh aku lakukan untuk membantu dia..aku percaya, mak dan ayah jugak seperti aku...
cuma beban mereka mungkin jauh lebih besar dari aku...
tapi aku kagum...kagum dengan mak..yang sentiasa sabar dan percaya..serta meminta kami percaya..rezeki Allah untuk hambanya itu ada...dan alhamdulillah..Allah maha adil, Allah maha pemurah...
bukan sekali..tetapi, telah berkali-kali...
dan kali ini, aku tersentuh...terlalu...
dek kerana melihat hati itu..hati itu yang turut sama berfikir bermacam-macam cara yang kadang-kadang buat aku tersenyum..hampir menangis melihat dia juga berusaha memikirkan jalan penyelesaian..
jauh di dalam hati aku berdoa.. Ya Allah mudahkan jalannya...
jadikan dia sebutir bintang yang akan terus menyinari hidup semua orang di sekelilingnya...
dan aku yakin.. bintang ini akan terus memancarkan sinarnya yang sudah mula kelihatan.. insyaAllah.. :)

# kadang-kadang aku takut...sebab dia lain dari yang lain... :)
   but, he'll always be my 'big' little star..all the best sayang..
   yes, i'm not there with you...but my wish, my pray..always with you... :-)





No comments:

Post a Comment